Sabtu, 29 November 2008

Pelik tapi benar...

Kisah ini berlaku apabila aq dan rakan-rakan (form 2); seramai 80 lebih orang pelajar (termasuk sesi pagi dan sesi petang) pergi menyertai kem kembara selama dua hari semalam di sebuah pulau yang diberi nama pulau aman.

Seawal pukul 8 pagi, semua peserta dikehendaki berkumpul di dewan sekolah. aq merupakan ketua bagi pelajar tingkatan dua. jadi, seperti biasalah, aq mengira bilangan mereka seperti yang diarahkan oleh guru pengiring kami, Puan Siti Rohayah (guru Geografi yg best!). so kira-kira pukul 8.30 mcm tu, kami bertolak dengan menaiki bas sekolah. aq dan dua lagi orang geng aq, Julia, Shahera, konker tempat yang paling belakang (biasalah tu...) selain tu, dua tempat duduk di hadapan kami diisi dengan geng kami juga, Hazleen, Syasya.

Sepanjang perjalanan memang happening giler! semua pakat menyanyi seronok-seronok. sesampainya kami di jeti (x tau nama apa) kami disambut oleh guru besar sekolah rendah di pulau tersebut. Namanya...errr...dah lupalah. apa-apa pun aq gelarkan cikgu besar. lebih afdhal. dia dan seorang lagi guru (sekolah yang sama gak) memberi peringatan kepada kami. jangan sesekali menyebut perkataan 'penunggu', 'hantu', dan seangkatan dengannya sewaktu di pulau itu. kata cikgu besar tu lagi

"Dulu dah ada kes mengatakan ada seorang budak yang menakutkan rakannya dengan cerita hantu. akibatnya keesokan hari, budak (si pencerita) tu tidak boleh bangun-bangun. badannya seperti berat yang teramat berat. kalah badak! ramai orang yang cuba angkat budak tu, memang tak berjaya. tak taulah kenapa...yang pasti dah ada 'sesuatu' dalam dirinya"

Semua pelajar sekolah aq diam. miss pamela (guru pengiring dan guru Sejarah yang best!) menggoyangkan jari telunjuknya ke arah geng kami. aq mengerti maksud itu kerana geng kami memang suka bukak cerita yang bukan-bukan. lagipun, geng kami yang asalnya lima belas orang, yang datang ke kem ini hanya lima orang. semuanya gara-gara kisah hantu yang tersebar di sekolah mengenai pulau aman. ramai yang kecut perut nak datang. kemudian, kami didedahkan dengan penggunaan jaket keselamatan.

Kami menunggu bot untuk datang mengambil kami dan membawa kami ke pulau tersebut. Sebenarnya, dah banyak kali aq ke pulau tu sebelom ni. yalah, ada adik-beradik sebelah ayah yang tinggal di situ. boleh dikatakan aq kenallah setiap pelusuk di pulau itu. jadi, sejak cerita cikgu besar tadi dikeluarkan, memang dahi aq berkerut seribu dibuatnya.

Aq dan rakan-rakan memang pakat nak naik bot sama-sama. jadi kami dok rapat-rapat agar tak dak sesiapa bisa memisahkan kami. sementara menunggu di jeti itu, aq n Julia lihat kat atas laut (waktu tu kami kat atas jambatan). ada obor-obor, kiuttt!!! hehehe, sambung cerita. ehem! apabila tiba giliran kami, lima se'geng', kami pun masuk ke dalam bot.

Setelah itu, boleh dikatakan kira-kira beberapa belas minit berlalu, kami pun sampai di destinasi. jaket keselamatan dipakai tadi, ditanggalkan. ingatkan asrama sekolah itu dekat sahaja. masya-ALLAH jauhnya memang jauh. lenguh kaki aq berjalan. sakit tangan aq mengangkat beg pakaian. penat aq menjinjing jaket keselamatan. aq tengok keletah rakan-rakan aq, semuanya merungut panjang. bilalah nak sampai ni.

Akhirnya, kami sampai jugak (kalau tak sampai gak, entahlah!). setelah memberikan jaket oren tu, sekali lagi kami lima orang dok rapat-rapat kerana cikgu ingin meletakkan kami ke dalam dorm. yes! taktik kami berjaya! kami berlima ditempatkan ke dalam sebuah dorm yang dapat memenuhi lebih dari sepuluh orang. namun, rakan-rakan aq merungut panjang apabila melihat keadaan bilik. semuanya kakak-kakak sesi pagi (form 3- form 5) dah ambik tempat yang terbaik; tidak berhampiran dengan pintu.

Terpaksalah kami duduk di katil dua tingkat di sebelah pintu. aq duduk di bawah memandangkan rakan-rakan aq tak berani. lagipun, aq ni anti hantu. so buat derk jelah. kami berlima agak bertuah kerana di dalam dorm ni, ada jugak bilik air. jadi senanglah kerja kami. tak payah nak keluar dari dorm untuk ke bilik air yang jauh nun di tangga sana. sehari di sana memang syok kerana kami diberi rehat selama tiga jam untuk menyesuaikan diri dalam dorm tersebut. buat masa ni, masing-masing dah lupa mengenai 'makhluk' itu. pada pukul 1 tgh hari, kami turun semula untuk melakukan aktiviti seperti yang dijadualkan. kami juga dibahagikan kepada 9 kumpulan

Kira-kira pukul 3 ptg, aq dan dua lagi guru pengiring, Miss Pamela dan Puan Siti bersiar-siar di pinggir pantai. sepatutnya aq harus mengikuti aktiviti waktu itu, merentas hutan. tapi keadaan fizikal aq yang tidak membenarkan, (dan aq sendiri benci aktiviti itu) aq dengan hepinya mengikuti aktiviti jalan-jalan bersama dua orang cikgu yang comel! >.<

Aq dilantik menjadi 'pemandu pelancong' oleh mereka. aq bawak diowg ke persisiran pantai, jeti di mana banyak ikat dan hasil laut yang ditangkap nelayan di sana, dan banyak tempat lagi. di pulau aman, dari sudut positifnya kita dapat belajar mengenai subjek Sejarah dan Geografi. Sejarah di Pulau Aman amat terkenal dengan telaga emas tinggalan pihak British dahulu. dari sudut geografi pula, kita dapat mengetahui pola petempatan, dan kerja penduduk pulau itu. aq sempat membawa cikgu-cikgu ke telaga emas yang menjadi kebanggaan penduduk pulau tu. oh ya! aq juga membawa mereka bertemu dengan saudara-mara di sana.

Hari semakin gelap, seperti biasa, sebagai umat Islam, aq dan rakan-rakan pergi ke masjid utama sana untuk menunaikan solat jemaah Maghrib dan sekali gus solat jemaah Isyak. setelah itu, kami telah mengikuti aktiviti yang diadakan di dalam dewan utama. aktiviti penguji minda dan sebagainya. tamat aktiviti, kami ke kantin untuk mengambil supper.

aq dan geng bergerak awal ke asrama. bukannya kami terus ke sana, tapi kami lepak di tangga sahaja. saat itu, terlintas di hati aq untuk menakutkan mereka. aq dah bukak mulut dan menyebut perkataan 'hantu'. kesemua rakan memarahi aq dengan sungguh-sungguh. aq diam sahaja bab aq sendiri terlupa akan cerita cikgu besar tew. pukul 11.30, kesemua pelajar tido. maka banyaklah bunyi yang berkumandang di ruang tersebut (krohh....harap perempuan! mengerohnya brisik banget!). aq tak dapat tidur memandangkan Julia terlalu menghimpit dan malam yang disangka sejuk itu, teramatlah panas. mata aq mungkin lebam macam anak panda dibuatnya.

keesokan hari; hari yang terakhir, aq dan rakan-rakan dihebohkan dengan kisah hantu yang kononnya menyamar sebagai wan dania; salah seorang peserta form 2. apa lagi, ramailah geng aq yang memang suka menyibuk tu mendapatkan tuan empunya badan yang nampak kelibat tersebut. Yam Yee Ling, (wjhnya pucat) menceritakan dari mula. hanya geng aq yang dengar cerita ini. kalau ramai yang mengetahuinya, pasti tersebar dan dimarahi oleh cikgu-cikgi.

"About 4 o'clock i woke up to wash my face. selepas tu, saya keluar dari bilik air (yang jauh kat hujung koridor). kemudian, saya ternampak wan dania tengah berdiri tengok permandangan di koridor. I said to her, 'Hai wan! what are you doing here?' and then she said, 'tak buat apa-apa...tengok permandangan jer...' jawabnya perlahan. at the moment, i saw her face got stripes. nampak muka dia belang-belang... saya mengangguk saja. kemudian, automatik saya pergi masuk dorm, tidur. kemudian tadi....saya tanya wan dania tentang hal tu. you know what she say?" Yam yee ling bertanya kepada kami. kami menggeleng.

"She said, ha? bila pulak saya keluar tgh malam? saya tidurlah..."

kami berlima menelan liur...

Tiada ulasan: