Isnin, 1 Disember 2008

Perkara haram...=.="

Tak tau nape tiba2 nak tulis perkara tersebut. Banyak perkara haram di dunia, manusia patuhi dan banyak perkara wajib di dunia, manusia ingkari. termasuklah juga aq (tp blom pernah buat perkara di bawah), tak pernah sempurna...
1. Arak
Mengapa kita tak boleh minum air tersebut?
kerana air tersebut memabukkan. bukannya sedap pun. rasanya pahit (kawan Cina aq gitau. bukannya aq penah rasa pun...) arak tue, air kencing syaitan. eww...gelinya! yuks! air kencing sendiri pun kowg tak penah rasa, inikan pula air kencing musuh nombor satu umat Islam. bertobatlah bagi sesiapa yang meminum air tersebut...
2. Judi
Mengapa kita tak dibenarkan berjudi?
kerana merugikan diri sendiri. kalau kalah, habis duit kita! kalau menang pun, bukan duit halal! haram! maksudnya, kita hidup dengan duit haram. asalnya makan minum yang kita buat halal, terus jadi haram sebab duit yang kita gunakan untuk membelinya bahan-bahannya. takkah rugi?
3. Tatu
Mengapa kita tak boleh melukis tatu pada tubuh badan?
kerana ianya menyakitkan! kowg tau tak yang tatu tue, lambang korporat syaitan? Isy, isy, isy! tak kira apa pun jenis tatu! bentuk itu ke, ini, ke tetap haram! bagi sesiapa yang ada lambang tersebut, maka secara tidak langsung kowg jadi salah satu ahli syaitan. subahanallah...dah lah tak boleh ditanggalkan. kalau boleh tanggal pun, kena jugak dengan cara yang menyakitkan. seterika panas, siat kulit, bedah. hasilnya, menyakitkan! lagi satu, bukannya cantik p0wn...buruk beno! kowg yg belum buat tue, jagalah kulit dengan baik. lagi cantik!
4. Bunuh diri
Mengapa kita tak boleh bunuh diri?
kerana ianya tidak menguntungkan! yg kowg nak bunuh diri tue apahal? kowg ingat, bunuh diri nie menyelesaikan sume masalah? masalah di dunia jer, kat akhirat tak! kowg new...ALLAH dah cipta kita, bagi kita nyawa untuk hidup. bagi kita peluang untuk berjasa kepadanya. ini yang korang buat? terutamanya bunuh diri atas alasan, putus cinta. masya-ALLAH! punya berlambak orang lain kat dunia nie, dio jugak demo nakkan. macamlah hensem/cantik sangat! ingatlah, klu si dia tu bkn untuk kowg, maksudnya ada yang lebih baik tercipta untuk kalian. sesungguhnya jodoh dan pertemuan itu di tangan ALLAH, bukan kowg!
5. Zina
Mengapa kita tak boleh berzina?
kerana ianya memalukan. jatuh maruah kowg! kalau nak berzina tu, kahwinlah dulu, barulah buat hal kowg! ini tak, nak test dulu konon. piigiidaah! ingat apa? kita ni sebagai manusia nak siap test-test lak? zina ni, dapat merosakkan akhlak. keluarga dapat malu. hidup tak tentu arah. itu yang boleh melibatkan perkara haram di atas (bunuh diri). bila dah ada perkara yang tidak dijangkakan berlaku, mulalah nak menyesal. bertaubat. padahal kalau kowg tak mulakan, hal yang tidak diingini takkan berlaku.
6. Syirik
Mengapakah kita tak dibenarkan melakukan perkara syirik?
kerana ianya menduakan Tuhan. kalau betul-betul dah tak ada ikhtiar, janganlah pergi jumpa bomoh. minta jampi serapah, minta ubat-ubat yang tidak dirasmikan kementerian kesihatan. ALLAH kan ada? kita berdoa kepada-NYA agar diberi petunjuk. tengok cerita puaka niyang rapik, sume penduduk kampung memuja Bok Miah dengan Tok Dalik. padahal, dowg tue manusia gak macam kita. bukan hebat sangat pun! ingat! pakai doktor perubatan yang menggunakan sains dan teknologi/tradisional, bukan doktor perubatan yang menggunakan jampi serapah/ jin syaitan untuk menyembuhkan seseorang!
Haa, kowg ingatlah. ada sebab kenapa dan mengapa perkara yang haram tak dibenarkan. semua perkara tersebut hanya sekadar merosakkan hidup kita. dan ada satu lagi info berguna.
Berikut adalah data dan maklumat mengenai musuh nombor satu umat Islam yang harus kita tewaskan iaitu iblis atau lebih dikenali sebagai syaitan.

Biodata iblis…

Nama penuh: Iblis La’natullah
Tarikh lahir: Sejak ia enggan sujud kepada ALLAH
Status diri: Fasiq kelas pertama
Agama: Kufur
Kawasan/Daerah: Semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha mengingati ALLAH
Tunjuk arah perjalanan: Bengkang-bengkok (tiada haluan)
Tempat tinggal tetap: Neraka Jahanam, tempat yang paling celaka
Isteri di dunia: Setiap wanita yang tidak menutup aurat (ha! tau pun takut!)
Kaum kerabat: Semua golongan tirani (taghut)

Status perniagaan iblis…

Modal pusingan: Angan-angan kosong
Tempat pertemuan: Pasar
Musuh/Saigan: Tiap orang Islam
Dalil /Hujjah: Fatamorgana (maya)
Motto kerja: “Hiprokasi Asas Akhlak”
Uniform kerja: Segala warna (seperti sesumpah)
Kesukaannya: Orang yang lalai dari mengingati ALLAH
Yang melemahkannya: Istighfar
Lambang korporat: Sebarang tatu
Pejabat: Tandas dan bilik air
Sifatnya: Muzabzab, mengikut angin, menurut, keperluan
Rakan-rakan kongsi: Golongan munafik
Sumber rezeki: Harta haram
Bilik operasi: Tempat-tempat najis dan maksiat
Jenis perkhidmatan: Menyuruh yang mungkar dan menggalakkan kemungkaran


“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka anggaplah dia musuh (yang mesti dijauhi). Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi daripada penduduk neraka yang menyala-nyala”

Surah Fatir, ayat 6.

Orang yang kafir akan ditimpa azab yang berat. Orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Surah Fatir, ayat 7.
renung-renungkanlah dan selamat beramah! (cewah!>.<)

Tiada ulasan: